Mei 9, 2008 oleh astanista
Sehingga kini (Mei 2008), SMK Astana telah ditadbir oleh:
Pengetua
- Pn Hjh Jamilal bt Che Abdullah (Feb 2003 – Feb 2004)
- Pn Lailatun Zalaliah Bt Hussain (Mac 2004 – April 2006)
- Pn Hjh Rakiah bt Daud (April 2006 – Mac 2007)
- En Zulaffandi b Ahmad (Mac 2007 – Okt 2007)
- Tn Haji Karim b Man (Nov 2007 – sekarang)
GPK Pentadbiran
- En Noor Azhari b Yahya (Jan 2004 – Dis 2006)
- Pn Siti Mariam Bt Baharudin (jan 2007 – sekarang)
GPK Hal Ehwal Murid
- Pn Hjh Fauziah bt Ismail (Jan 2003 – Dis 2003)
- Pn Hjh Masayu @ Hariati bt Mukhtar (jan 2004 – sekarang)
GPK Kokurikulum
- En Masri b Abd Wahab (Jan 2003 – Dis 2003)
- Pn Rohaida bt Moin (Jan 2004 – Okt 2004)
- Pn Shamsul Mardiyyah bt Bahrum (Okt 2004 – Jun 2005)
- Pn Siti Salmah bt Awang (Jun 2005 – sekarang)
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Mei 5, 2008 oleh astanista
SMK Astana merupakan sekolah luar bandar yang terletak di dalam kawasan Bandar Indera Mahkota. Sekolah ini merupakan sekolah Gred B dan kod sekolah ialah CEA 4088. Kawasan sekitar sekolah ini dikelilingi oleh kawasan berbukit dan berpaya. Keluasan kawasan sekolah ialah 15 ekar dan hampir 10 ekar daripadanya adalah bangunan sekolah yang terdiri daripada
- Blok Umar al-Khattab (Pentadbiran)
- Blok al-Khwarizmi (Kejuruteraan)
- Blok Lokman Hakim (Bilik Darjah)
- Kafeteria Astana
- Madrasah Astana
SMK Astana mula beroperasi pada 6 Januari 2003 dengan mempunyai tenaga pengajar seramai 8 orang guru dan 77 orang pelajar Tingkatan 1. Sekolah ini menerima pelajar dari SK Kampung Padang dan SK RTP Bukit Goh. Mulai Januari 2004, sekolah ini menerima pelajar-pelajar tajaan PNB yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 yang menetap di Kolej Ilmu PNB Air Putih yang pada asalnya ditempatkan di SMK Abdul Rahman Talib, SMK Methodist dan SMK Tengku Ampuan Afzan.
Pada 28 Mac 2004, 33 orang lagi pelajar tingkatan 1 PNB ditempatkan di sekolah ini. Manakala pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah mula diterima pada Jun 2004. Pada Jun 2007, sekolah ini mulai menerima pelajar-pelajar tajaan FELDA seramai 50 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.
Sehingga 31 Disember 2007, jumlah pelajar sekolah ini telah mencapai angka seramai 613 orang yang merangkumi pelajar tingkatan 1 hingga 6 Atas. Pada Januari 2008, seramai 107 orang pelajar tajaan FELDA yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 diterima masuk. Pada 21 Februari 2008 kesemua pelajar berjumlah 623 orang yang merangkumi tingkatan 1 hingga 6 Atas. Sebahagian besar pelajar berbangsa Melayu manakala sebilangan kecil pula berbangsa India. Pelajar-pelajar tingkatan 1merupakan pelajar sekolah-sekolah rendah berhampiran iaitu
- Sekolah Kebangsaan RTP Bukit Goh
- Sekolah Kebangsaan Kampung Padang
- Sekolah Kebangsaan Bandar Indera Mahkota Utama
- Sekolah Kebangsaan Sungai Talam
- Pelajar Tajaan FELDA
Dikirim dalam Organisasi, Sejarah | Leave a Comment »
April 29, 2008 oleh astanista
Piagam Pelanggan SMK Astana
Dengan ikhlas, iltizam dan penuh kesungguhan, kami warga SMK Astana, berjanji akan menggembeling tenaga dan fikiran untuk:
- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat
- Berkhidmat secara sistematik dan interaktif
- Membentuk pelajar menjadi insan yang berdisiplin, dan beramal menerusi penerapan nilai-nilai murni
- Bersikap professional dalam menangani sikap pelajar
- Jujur, ikhlas dan sabar menjalankan tugas
- Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
- Berkhidmat dalam satu pasukan
- Menjaga kebajikan pelajar
- Memupuk suasana harmonis antara sekolah, pelajar dan ibu-bapa
- Sedia bekerjasama dengan agensi luar demi meningkatkan kualiti pendidikan
- Berusaha memberi pendidikan tinggi hingga ke tahap yang optimum bagi meningkatkan kecemerlangan anak didik
- Berusaha mengembangkan potensi individu melalui saluran yang betul dalam pengisian wawasan pendidikan
- Menyemai semangat kekitaan dan kemesraan
- Menanam keyakinan diri
- Memupuk sikap bertanggungjawab, penyayang, penyabar dan pemaaf
- Menguruskan proses pertukaran pelajar dalam masa 30 minit
- Menangani permasalahan ibu-bapa/penjaga dan pelajar secara professional dan rasional
Dikirim dalam Organisasi | Leave a Comment »
April 29, 2008 oleh astanista
MISI
MENJADIKAN SMK ASTANA SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2013
VISI
SMK ASTANA berazam untuk :
- Mengamalkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus, mesra dan cekap;
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara strategik dan sistematik untuk mencapai kecemerlangan akademik;
- Memupuk dan membudayakan pelajar untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, berdaya saing dan beraspirasi tinggi;
- Membimbing dan mengembang bakat serta potensi pelajar untuk kecemerlangan kokurikulum;
- Meningkatkan keceriaan sekolah bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk menuntut ilmu;
- Mewujudkan interaksi mesra dengan masyarakat sekitar;
- Mendorong pelajar untuk menguasai ICT
OBJEKTIF
Kami warga SMK ASTANA berhasrat:
- Menyediakan Pengurusan dan Perkhidmatan terbaik bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan atas kehendak nilai-nilai dan budaya ilmu yang cemerlang di dunia dan akhirat;
- Memberi hak dan peluang pendidikan yang berkualiti kepada setiap pelajar tanpa mengira kaum, agama dan bangsa;
- Menguruskan kerja dengan teliti, berdisiplin dan budaya kerja yang toleransi;
- Menyediakan staf yang cekap, sistematik dan amanah;
- Menyediakan prasarana sekolah yang selamat, kondusif dan ceria.
Dikirim dalam Organisasi | 1 Komen »
Ogos 28, 2007 oleh astanista

Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan pada 16 September yang lalu. Acara yang meriah tersebut telah dirasmikan dengan jayanya oleh wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan.
Acara perbarisan yang dijalankan sewaktu perhimpunan pagi telah disertai oleh para dif jemputan dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PIBG sekolah, guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Astana yang begitu megah mempamerkan semangat patriotik mereka.
Nantikan laporan lengkap bersama gambar-gambar di pos yang akan datang!
Dikirim dalam Peristiwa | Leave a Comment »
Ogos 27, 2007 oleh astanista
Salam sejahtera dan terima kasih kerana melayari Blog Tidak Rasmi SMK Astana, Kuantan, Pahang. Blog ini akan memaparkan peristiwa-peristiwa dan maklumat penting berhubung warga Astana amnya.
Blog ini akan melalui proses pembinaan dan akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Harap bersabar sementara isi kandungan terkini dan halaman-halaman terbaru ditambah. Data dan maklumat terperinci tentang sekolah serta bahan-bahan arkib sedang menjalani proses pengumpulan dan kemasukan ke dalam sistem blog.
Perlu juga dimaklumkan bahawa Blog ini masih bertaraf tidak rasmi dan belum mendapat pengiktirafan dari mana-mana badan berkuasa atau Kementerian Pelajaran. Untuk itu juga usaha sedang dijalankan supaya pengiktirafan tersebut akan diperolehi di masa hadapan.
Terima kasih sekali lagi dan semoga berjumpa di lain kali!
Dikirim dalam Uncategorized | 3 Komen »